Mari Belajar Komponen Asas CPU
>> Tuesday, May 5, 2009
Apa yang ada dalam CPU?
1. Motherboard/MoBo, antara yang terpenting dalam komputer. Tempat terletak subkomponen
(MoBo dalam gambar seperti kad elektronik besar yang warnanya ala2 keunguan)
2. Power Supply. Bekalkan kuasa elektrik kepada semua komponen
3. Hard disk & Optical drive
a) Hard disk untuk simpan semua data dalam komputer
Pernahkah anda terfikir kenapa data yang disimpan di hard disk tidak hilang?
Hard disk sifatnya non-volatile, memori dalam hard disk akan kekal walaupun tanpa kuasa elektrik. Sekiranya anda tutup punca elektrik ke komputer pun, semua data dalam komputer tidak akan hilang.
b) Optical drive, seperti CDROM atau DVDROM. Sama fungsi seperti hard disk tetapi kelebihannya mudah alih. CD dan DVD kan boleh dibawa ke mana2.
Sub Komponen Motherboard
1. CPU, atau Central Processing Unit boleh diibaratkan seperti otak komputer. Kadang2 dipanggil processor juga. Contoh yang mudah Intel atau AMD. Semua fungsi komputer dijalankan dari sini. Rujuk gambar artikel Siri 1, CPU adalah yang ada tertulis Intel itu. Tips saya, untuk mudah cari CPU, selalunya ia di bawah kipas.
2. Memori Utama / RAM (Random Access Memory) adalah memori yang digunakan untuk simpan program semasa komputer ON. Kenapa masa ON saja? Sebab RAM sifatnya volatile. Memori yang disimpan akan hilang bila komputer OFF.
Beza RAM Dengan Hard Disk
Walaupun fungsi RAM dan Hard Disk seakan2 sama, tapi kedua2nya berbeza. RAM rekaannya kecil dan melekat di atas motherboard. Oleh itu, akses dari CPU ke RAM lebih pantas berbanding dari CPU ke hard disk. Dengan alasan inilah, RAM digunakan untuk simpan data yang kerap digunakan. Juga tempat simpanan sementara sebelum dihantar ke hard disk.
3. Internal & External Buses seperti bas. Konsepnya sama, cuma tak sama dari segi fizikal. Sama tapi tak serupa hehe. Bas yang kita tahu bawa orang dari satu tempat ke tempat lain. Bas yang ini hantar data instead of orang. (Internal = dalam, External = luar)
* Internal Buses, bawa data ke komponen dalam. Contoh:- AGP, PCI. PCI-Express & lain2.
* External Buses, bawa data ke komponen luar seperti printer & keyboard. Contoh:- paraller port, serial port, USB, PS/2 & lain2.
Sinilah tempatnya untuk upgrade graphic PC anda
AGP & PCI-Express (contoh Internal Buses). Tempat untuk anda upgrade graphic card PC. Kalau PC anda gunakan built-in graphic, boleh la anda beli graphic kad baru untuk upgrade graphic PC anda.