BaHaYa FAceBooK - The Dark Side of Facebook

>> Tuesday, April 14, 2009

Secara sedar atau tidak bahawa FaceBook ini sebenarnya amat merbahaya... Jika korang memberi data sebenar dalam facebook ni berhati-hatilah... Maklumat korang dalam Facebook adalah hak milik Facebook... walaupun gambar dah dibuang maklumat dah ditukar tapi dalam main server .. ni tok ambik dari internet.. lu orang fikirlah sendiri..

Sebenarnya, ada sebahagian “dark side” yang tidak diketahui oleh berjuta pengguna internet di dunia ini mengenai Facebook. Ini adalah satu konspirasi teori yang telahpun menjadi fakta benar dan apa yang boleh kita lakukan sekarang adalah “lihat” dan “terus melihat”. Jika ada di antara kita yang telah meletakkan butir-butir peribadi sebenar di dalam Facebook, maknanya tiada apa lagi yang kita boleh lakukan.
Sedarkah kita siapa sebenarnya di belakang Facebook? Sedarkah kita bahawa semua data-data yang kita berikan itu telahpun disimpan oleh pihak CIA?

Mereka boleh mengakses semua mengenai kita dan dengan mudah mendapat semua butir-butir diri tanpa perlu bertanya kepada kita, bos kita, kawan-kawan kita, pihak universiti kita, keluarga kita dan banyak lagi sumber at anytime they want! Dan yang lebih menyedihkan lagi, ramai dari kita terutamanya rakyat Malaysia sudahpun
memberikan 100% info dan butir-butir diri mereka dengan TEPAT.
Apabila ditanya, mereka dengan mudah menjawab, “nanti kalau member lama atau member sekolah ingin mencari kita, senang sikit!”

Malang sekali bukan itu yang berlaku.

Dalam pada keghairahan yang kita sendiri wujudkan terhadap Facebook, kita sedikitpun tidak membaca dasar ataupun polisi yang Facebook letak di dalam laman web mereka. Yang kita tahu hanyalah PERCUMA dan sikap ramah dan jujur kita itulah yang boleh memakan diri kita sendiri sebenarnya.

Mari kita lihat apakah yang Facebook nyatakan mengenai butir-butir peribadi yang kita sendiri masukkan dalam account Facebook kita.

Cuba bayangkan!

Facebook yang telah menjadi kegilaan pengguna internet adalah tempat yang paling mudah untuk CIA mendapatkan data peribadi mereka dengan PERCUMA. Bagi pengguna kebanyakan (mereka yang bukan extreme), mungkin ia tidak akan membawa keuntungan kepada pihak CIA tetapi bagi mereka yang mempunyai “title” sebagai “professional” seperti seorang doktor, peguam, PROFESSOR, scientist dan yang seumpamanya… inilah MANGSA CIA yang sebenarnya.

Mengapa?

Kerana sama ada kita percaya atau tidak, ramai golongan professional yang meletakkan segala butir-butir mengenai diri mereka dengan lengkap bagai nak rak dengan alasan mereka mempunyai kawan di seluruh dunia dan masing-masing tidak mahu “kalah” dalam menceritakan semua kejayaan dan kegiatan yang telah mereka kecapi.
Bukankah itu semua adalah PRIVACY diri sendiri?

Pernahkah kita/mereka fikirkan mengenai RISIKO yang mereka letakkan ke atas diri mereka sendiri?

- Habis semua data mengenai aktiviti dimasukkan.

- Habis semua data mengenai achievement diri dimasukkan.

- Address, hometown, phone number, clubs, jobs, rekod pendidikan, interests, daily schedule, habis diberikan begitu sahaja. Itu semua akan disimpan oleh pihak CIA sebagai data yang boleh dijadikan statistik untuk kegunaan mereka pada masa hadapan. Malah, maklumat mengenai keluarga juga dimasukkan dengan selamba.

Kita marah bila orang mengambil tahu hal kita.

Kita marah bila orang mencungkil privacy kita.

Tapi kita tidak sedar yang kita telah “berikan” semuanya di dalam Facebook kita! Ikut percakapan kasar orang di warung kopi, bunyinya memang menarik. Ini dialognya: Esok kalau katakan mereka hendak menyerang Malaysia, mereka sudahpun tahu dimanakah golongan bijak pandai di Malaysia ini berada/tinggal. Sebelum dia serang, mereka akan bunuh dahulu golongan bijak pandai ini…. tiada apa yang tinggal.
Bukankah semua info yang mereka perlukan sudahpun ada dalam tangan mereka?

Facebook best!
Face book nombor 1 sekarang !!!
Memang betul.

Itu memang satu fakta. Tiada siapapun boleh menafikannya.

Dan ini juga adalah satu fakta:

Facebook telah di tampung sebanyak USD500,000 oleh bekas CEO Paypal, Peter Thiel. Jadi tiada masalah untuk mempromosikannya. Tidak cukup dengan itu, sebanyak USD12.7 juta telah dilaburkan ke dalam Facebook oleh James Breyer dari Accel Partners. Mereka semuanya ada agenda yang mereka sendiri faham. Jika kamu hendak tahu siapakah mereka semua ini dan siapakah DALANG di sebalik laman web sosial ini, kamu harus memberikan fokus yang sepenuhnya pada slide flash video yang akan kamu lihat sebentar lagi. Mainkannya berulang-ulang dan cuba fahamkan.

Satu lagi, pihak CIA sendiri menggunakan Facebook group to untuk merekrut staffnya bagi program kesayangan mereka iaitu National Clandestine Service. Malah, Dr Anita Jones juga telah menjadi sebahagian dari Dark Side ini. Dr Anita Jones adalah Defence Research and Engineering Director untuk US Department of Defence.

Bagi aku, bersosial di laman web seperti Facebook ini tidaklah salah. Malah bagus kerana silap haribulan, boleh buat duit lagi. Tapi berhati-hatilah dengan semua privasi diri sendiri. Jangan sesekali memberikan maklumat penting. Palsukan semua maklumat yang dirasakan tinggi privasinya. Maklumlah.. rakyat Malaysia inikan cepat terpengaruh. Apalagi dengan benda PERCUMA sebegini.

Bukan hendak mengata diri sendiri, tetapi ini telahpun terbukti. Kalau tidak percaya, pergilah di Fotopages dan lihat siapakah pengguna terbesar Fotopages kelolaan rakyat Israel tu…! Jawapannya adalah rakyat Malaysia.
Tidak syak lagi…Jadi, apa yang perlu kita lakukan sekarang?

Jawapannya mudah. Bagi mereka yang pernah memasukkan data privasi mereka, senyum sahajalah. Bagi mereka yang belum dan baru nak mendaftar, berhati-hati. Itu sahaja.



sumber assal :minda kembara

Read more...

Apa itu domain ?

>> Monday, April 13, 2009

Domain adalah nama alamat website. Alamat ini adalah identitas diri kita di dunia internet.

Domain adalah nama unik yang diberikan untuk mengidentifikasi nama server komputer seperti web server atau email server di jaringan komputer ataupun internet. Nama domain berfungsi untuk mempermudah pengguna di internet pada saat melakukan akses ke server, selain juga dipakai untuk mengingat nama server yang dikunjungi tanpa harus mengenal deretan angka yang rumit yang dikenal sebagai IP address. Nama domain ini juga dikenal sebagai sebuah kesatuan dari sebuah situs web seperti contohnya “AdsenseKu.com”. Nama domain kadang-kadang disebut pula dengan istilah URL, atau alamat website.

Pada awalnya nama domain hanya dapat dituliskan dengan ke-26 abjad Latin, namun saat ini telah dimungkinkan untuk menggunakan abjad asing dengan Internasionalisasi nama domain.

Jadi secara singkat domain itu kalau diibaratkan di dunia offline sama halnya seperti nama toko dan nama toko ini bila ingin berdiri maka harus mempunyai tempat, nah tempat inilah yang disebut hosting.

Jadi bila domain dan hosting telah disambungkan, maka dapat diakseslah domain kita di internet.

Read more...

Apa Itu FAT dan NTFS???

>> Thursday, April 9, 2009

NTFS atau FAT?
Sebenarnya NTFS atau FAT ini adalah jenis2 ”file system” bagi sesuatu OS.

Apa tu plak ”file system”?
File System adalah satu kaedah/cara bagaimana sesuatu data/maklumat itu nak ditulis/diletakkan didalam hardisk/storan kita tu. Actually ada byk jenis file system dalam dunia ni, selalunya ikut pada OS yg diinstall tu. Contohnya kalo Windows popular dgn NTFS atau FAT32, Linux dgn Ext3, Mac dgn HFS+… Jadi setiap file system ada kelebihan masing2…

Berbalik kpd soalan asal, apa itu NTFS dan FAT ?
Actually dua2nya adalah file system yg popular dlm Windows… FAT ada mcm2 jenis seperti FAT16 dan FAT32... NTFS pun ada mcm2 jenis...

Mana best, NTFS ke FAT?
Hmm… Senang cerita, NTFS benda baru, FAT benda lama… Slalunya benda baru la yg lebih best dan canggih, x gitu?

Read more...

KEMENTERIAN PELAJARAN










Menteri Pelajaran

Tan Sri Muhyiddin Yassin





Timbalan Menteri

Datuk Dr Wee Ka Siong





Timbalan Menteri

Dr. Mohd Puad Zarkashi



 

Read more...

Apa itu Spam?

>> Monday, April 6, 2009

Pernahkah anda menerima email yang tidak diketahui pemiliknya dan email tersebut menghantar iklan perniagaan, jemputan ke laman web dan sebagainya? Apakah sebenarnya email tersebut dan bagaimana mereka mendapat alamat email anda?S ecara ringkas apakah sebenarnya email tersebut dan bagaimana ia berfungsi...

Spam adalah pesanan yang dikirim ke banyak alamat emel dengan isi yang sama dan di kirim ke orang lain yang tidak ingin menerimanya dengan kata lain orang yang menerima spam tidak tahu siapakah pengirim pesanan tersebut dan tidak mengingini pesanan tersebut pun.

Jadi, bagaiman Spammer ingin mendapat mangsanya untuk di spam? Biasanya spam mengambil daftar email yang akan ingin kirimkan dari sebuah mailing list, atau juga dengan mencari dari sebuah alamat website contohnya forum,discuss board dan sebagainya.

cara kerja sebuah spam …

misalnya kata “bisnes”
Seorang spamer pasti mengagak kata bisnes itu agar tidak dikesan oleh perisian anti spam dengan berbagai cara misalnya menggunakan tag html seperti di bawah ini










b
I
i
K
s
L
n
A
e
N
s
.

berarti huruf yang anti spam baca sesuia dengan urutan nya adalah
b I i K s L n A e N s .

padahal yang kita baca adalah
bisnes
iklan.

Selain dari spammer yang seperti ini, ada lagi satu spammer yang tidak menggunakan kod-kod tertentu tetapi membuat kacau di dalam forum dengan menghantar reply atau post yang tidak berkaitan langsung dengan forum tersebut. Contohnya forum itu ialah forum pendidikan tetapi spammer tersebut menghantar post tentang promosi produk kesihatan, pencari jodoh dan pelbagai cara lagi yang tidak berkaitan dengan forum tersebut.

Sumber : http://spam.abuse.net/overview/whatisspam.shtml

Read more...

Pertama di Dunia Komputer

>> Thursday, April 2, 2009


Ideologi lampau adalah pencetus kemajuan teknologi masa depan. Berikut merupakan permulaan kepada senibina teknologi komputer dunia:

1. Komputer pertama dicipta adalah ENIAC (Electronic Numerical Integrator And Computer).

2. Cakera keras (hard disk) pertama adalah daripada IBM diberi nama IBM 350 Disk Storage Unit dan dikatakan sebesar seorang lelaki!

3. Intel 4004 Computer Microprocessor adalah pemprosesan pertama dicipta pada tahun 1971.

4. Apple Lisa Computer adalah komputer pertama yang mempunyai persekitaran pengguna yang bergrafik atau GUI (Graphical User Interface).

5. WordStar adalah perisian pertama untuk menulis.

6. Permainan komputer pertama adalah Spacewar pada tahun 1962.

7. Nama tetikus komputer diberi kerana wayar sambungan di belakangnya adalah seperti seekor tikus.

8. Bill Gates adalah orang yang bertanggungjawab mencipta Microsoft dan Windows.

Apa sumbangan kita kepada dunia? :)

Sumber bacaan: About.com, Wikipedia dan Google

Bacaan tambahan:

Read more...

Serangan Conficker untuk Windows


Virus generasi baru iaitu Confiker sudah mula menular. Ia juga dikenali sebagai Downup, Downadup dan Kido. Sasaran utama adalah pengguna sistem operasi Windows (Windows 2000, XP, Vista, Server 2003 dan Server 2008).

Nama: Confiker, Downup, Downadup

Saiz: 58,368 bytes

Serangan: Sistem operasi Windows

Confiker akan menyebabkan System Restore tidak berfungsi (disable). Tujuan utama Conficker menyahfungsi System Restore adalah untuk menghalang akses ke website yang mempunyai keselamatan tinggi. Kemudian dengan mudah akan masuk ke komputer kerana tiada keselamatan atas sesuatu website. Pengguna akan mudah memuat turun pelbagai jenis data dan salah satunya mungkin Conficker. Hasilnya, virus ini akan mula merebak dan merosakkan sistem komputer.

Jika anda menggunakan antivirus, sila rujuk di laman web antivirus tersebut untuk tujuan keselamatan. Sediakan payung sebelum hujan. Bila hujan akan banjir dan merosakkan tanaman dan kemudahan. Begitu juga dengan serangan virus. Bukan hanya Conficker sahaja tetapi semua jenis virus. Langkah keselamatan adalah perlu.

Jika dijangkiti, sila rujuk laman Microsoft ini untuk penyelesaian: Protect yourself from the Conficker computer worm

Read more...

About This Blog

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP